Faedah RMJ

Apakah yang dimaksudkan dengan RMJ

RMJ ialah satu modul program latihan motivasi yang amat luar biasa daripada seorang motivator yang luar biasa untuk mereka yang berimpian menjadi seorang yang luar biasa.

Kursus RMJ ini amat bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat malahan ianya mendedahkan teknik serta formula mutakhir bagi membentuk 9 kuasa kejayaan iaitu Kuasa Motivasi, Kuasa Usahawan, Kuasa Bangkit, Kuasa Intelek, Kuasa Sabar, Kuasa Pidato, Kuasa Imaginasi, Kuasa Daya Pengaruh, Kuasa Sikap.
 
Kursus Motivasi RMJ ini merupakan gabungan kursus pidato motivasi Nusantara yang merupakan teras penyuntik semangat dalam diri kearah kejayaan. Malahan ianya juga merupakan proses penggilapan potensi diri yang menggunakan formula-formula pidato Nusantara sebagai teras pembudayaan tamadun intelek bangsa di nusantara ini. Kursus ini juga menggabungkan latihan teori dan amali yang diformulasikan oleh pengasas pidato Nusantara Malaysia iaitu Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof berasaskan cerminan serta acuan budaya ilmu pidato motivasi timur dan barat bagi menggapai kejayaan.
 
Tahap pengajian pidato motivasi RMJ Nusantara ini terbahagi kepada peringkat modul pengenalan, modul asas, modul pertengahan, modul kemahiran, modul lanjutan, modul tinggi, modul pakar, modul CPM. Segala teknik, prinsip, formula dan pendekatan kemahiran yang digunakan adalah berasaskan IQ (Intelek Kecerdasan), EQ (Intelek Emosi), SQ (Intelek Kerohanian) dan FQ (Intelek Fizikal) yang dikombinasikan secara holistik bagi memartabatkan minda intelek dikalangan pelajar/peserta kursus.
 
Dengan kursus dan latihan pengajian pidato motivasi RMJ ini akan dapat membentuk dan mendedahkan teknik bagi RMJ(Rancangan Melahirkan Jutawan), RMJ(Resepi Minda Juara), RMJ(Rahsia Mencipta Juara), RMJ(Rahsia Membina Jaya), RMJ(Rohani Mental Jasmani), RMJ(Rawat Masalah Jiwa), RMJ(Rangkaian Manusia Juara) dan lain-lain lagi makna RMJ yang boleh membawa kepada kesinambungan tamadun hebat nenek moyang bangsa kita sejak dari zaman dahulu kala lagi.
 
Kursus pidato motivasi RMJ ini juga merupakan penggalian khazanah pidato nusantara yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Justeru setiap insan perlulah melatih dirinya untuk menggilap seni pengucapan yang menggunakan atau memakai bahasa yang indah dengan tujuan untuk memikat atau memukau pendengaran audiens bagi terus mendengar apa yang diperkatakan. Manakala definasi motivasi pula ialah keupayaan untuk merangsang dan mendorong seseorang itu bagi mencapai impian dalam kehidupan. Oleh itu gabungan pidato motivasi nusantara RMJ ini adalah merupakan modul motivasi terhebat dan terunggul yang perlu digarap serta dicungkil oleh setiap insan yang dahagakan kejayaan dalam diri.
 
Konsep I.S.I (Ilmu, Sistem, dan Ikon) digunakan sepenuhnya sebagai teras pembinaan sumber intelek manusia secara profesional bagi membangunkan potensi diri yang sememangnya dimiliki oleh setiap insan. Pendekatan ini juga telah menjadikan Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof sebagai gurunya mampu melahirkan lebih 200 ribu pelajarnya memiliki seni intelek pidato motivasi yang cukup berkesan bagi membangunkan kehebatan diri mereka dalam pelbagai bidang.
 
Akhir kata kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama menggali khazanah ilmu hebat dan unik ini. Selamat berkuliah dan selamat datang kegerbang jutawan berminda intelek.
 
Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menghadiri Dan Mencungkil Rahsia Kejayaan Pidato MOTIVASI RMJ Bersama Top Motivator dan Ikon Pidato Malaysia
Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Sagoff
(Pemikir, Penulis Buku Motivasi, Pemimpin NGO, Aktivis Sosial, Pensyarah, International Speaker, CEO, Kaunselor, Kolumnis, Perunding Motivasi Dan Usahawan Profesional)
Sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari pusat latihan pidato profesional

Testimoni

Baru saya faham kini peranan pidato motivasi setelah mengikuti kursus Dato' Dr Syed. Hebat dan memotivasikan saya. Terima Kasih.

(NOR ASIAH BT RAMLI - Guru Tadika)
Saya cukup teruja setiap kali kuliah yang dikendalikan Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof. Beliau berjaya menghidupkan suasana ceria sepanjang kuliah berlangsung.

(KAMALIAH BT KASSIM - Ahli Perniagaan)
Saya rasa beruntung mempelajari ilmu pidato motivasi RMJ ini. Saya amat kagum dengan guru saya Dato' Dr. Syed kerana karismanya dalam mencurahkan ilmu ini. Terima Kasih.

(FARIDAH LONG - Perunding Kewangann)
Saya telah mendapat banyak menafaat dengan menghadiri kuliah teknik pidato motivasi Dato' Dr. Syed. Segala Formula dan teknik yang beliau curahkan amat berkesan dijiwa saya.

(FARIDAH BT SIRAT - Kakitangan Kerajaan)
Saya rasa bersyukur dapat diketemukan dengan Dato' Dr. Syed seorang ikon pidato negara oleh Kak Zawiyah. Memang Kursus pidato motivasi ini dapat menambahkan ilmu dan keyakinan di dada saya.

(PN. HAZLINA ABU BAKAR - Perunding Takaful)
Saya meminati pidato Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof apabila mendengar ucapan beliau di auditorium DBP. Beliau telah dapat memukau semua penonton yang hadir. Oleh kerana itulah saya ingin menjadi murid beliau. Terima kasih Dato'.

(EFFENDY BIN ZULKEFLI - Pegawai Khas)
Saya amat meminati ilmu kemahiran pidato motivasi ini. Tambahan pula idola saya Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof sememangnaya mampu menyuntik semangat saya untuk terus mempelajari ilmu pidato ini. Saya yakin akan menjadi seperti beliau.

(MOHD IRZZAN YUNOS - Penjawat Awam)
Kali pertama saya hadir kelas pidato motivasi RMJ telah membuatkan saya terpikat untuk mengikuti program pembelajaran seterusnya. Pidato Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof terlalu hebat dan amat saya minati

(AIMAN ROSHAIZZAT ROSLI- Pelajar Dan Ahli Perniagaan)
Saya kini cukup memahami dan mengerti peranan pidato motivasi RMJ serta kehebatannya dengan menaikkan potensi diri kearah kejayaan. Kuliah yang disampaikan Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Saggof cukup santai dan dipenuhi adunan intelek yang bernilai tinggi.

(NORAZAH BT ABD RANI- Guru Sekolah)
Ilmu pidato motivasi RMJ ini cukup berfaedah untuk dipelajari bagi mempertingkatkan seni berfikir secara intelek. Saya sentiasa tekun mempelajarinya kerana ia adalah merupakan suatu cabang ilmu yang sarat dengan kemahiran dan kebijaksanaan.

(SALLEH BIN MOHAMAD - Mantan Pegawai Kanan PDRM)
Kelas pidato motivasi yang Dato Dr Syed Ahmad Al-Saggof kendalikan sangat menarik dan berkesan penyampaiannya. Saya tidak langsung merasa rugi menyertainya. Saya akan pastikan rakan yang lain turut serta mengikuti kelas pengajian pidato motivasi hebat ini.

(SYAHRULMANAN BIN KARTIMAN)
Telah banyak kursus motivasi yang saya sertai namunkursus yang diterajui Dato Dr Syed Ahmad Al-Saggof amat luar biasa dan mampu meredakan tekanan dalam jiwa saya. Kini saya berazam untuk menjana ilmu dan ekonomi ke tahap jutawan.

(ROSLI BIN HJ BUANG - Ahli Perniagaan)
Saya mula tertarik dengan gaya motivasi Dato' Dr Syed ketika menyaksikan perdebatan beliau dengan Datin Norjuma ketika memecah Malaysia Book Of Record untuk debat 222jam tampa henti anjuran UiTM dan Utusan Malaysia bersama Akademi Nusantara. Oleh itu, keputusan untuk berguru dengan beliau telah memberi inspirasi kejayaan kearah kecemerlangan diri saya.

(NOOR ASMA' BT ABD. RANI - Pengusaha Tadika)
Saya amat mengagumi Dato' Dr Syed, beliau sememangnya seorang motivator yang luar biasa. Kepetahan dan daya intelek beliau sememangnya menjadi motivasi dan penyuntik semangat dalam perjuangan saya.

(ZAINOL BIN RAMLI - Ahli Perniagaan)
Telah banyak seminar dan kursus yang telah saya sertai tetapi kursus kendalian Dato' Dr. Syed amat berbeza dan berkesan sekali. Terima kasih Sifu. Saya yakin boleh mencontohi Dato'.

(NORDIN HAMSI - Ahli Perniagaan)
Saya amat kagum dan meminati cara Dato' Dr. Syed mengendalikan seminar dan menyampaikan ilmu. Secara peribadi ianya menyuntik semangat saya untuk kekal belajar dengan beliau.

(ABDUL RAHMAN AMAT - Mekanik)
Saya seorang yang berjawatan Pengurus Besar disebuah syarikat hartanah tersenarai Bursa Kuala Lumpur. Pencarian ilmu dan motivasi telah mendorong saya menjadi ahli pidato Akademi Nusantara dibawah naungan Dato' Dr. Syed. Di Akademi ini pandangan saya adalah tempat untuk menjana ilmu, malah dapat menjana ekonomi. Saya menyeru agar anda semua dapat menjadi ahli Akademi untuk sama-sama mencungkil rahsia program RMJ. Jumpa anda dipuncak jaya

(SHAHAIRI AZIZ - Pengurus Besar)
Program Pidato Motivasi RMJ adalah program hebat yang telah membuka mata dan minda saya. Mengikut tradisi setiap ilmu yang hendak ditimba kita diwajibkan mengeluarkan kos-kos tertentu. Berlainan sekali dengan sistem RMJ dimana sambil belajar saya dibayar elaun pengajian. Ini adalah revolusi sejarah pendidikanMotivasi dan Kemahiran. WOW! Hebat ! dalam masa 3 minggu saya telah mengumpul elaun hampir 10k.

(NORIMAH ABU SAMAH - Pesara Guru)
Kelas pidato motivasi RMJ ini jelas merupakan wacana intelek yang dapat memacu pembangunan modal insan dengan menjadikan kita lebih berkeyakinan, berketrampilan, berwawasan dan insya' ALLAH jutawan beriman. Terima Kasih Dato' Dr. Syed kerana memberi saya peluang ini.

(JULIATUL MASTURA - Penterjemah Bebas)
Saya amat teruja dan terlalu bersemangat setelah mengikuti kursus motivasi yang dikendalikan oleh Dato'. Terima Kasih yang tidak terhingga.

(NOOR ASMAH BTE MOHD YUSOF - Guru)
Saya telah mengikuti kursus pidato motivasi Dato' Dr. Syed hampir 5 tahun. Saya amat kagum dengan cara penyampaian dan kawalan pentas yang beliau kendalikan.

(YM. NOOR AZHAR BIN HJ. MOHAMAD - Presiden KEMUDA)
Saya amat berminat dengan kelas pidato motivasi yang Dato' kendalikan. Terasa macam suatu suntikan semangat terapi dalam diri bagi mencipta kejayaan.

(TN. HJ. JAMIN BIN BERO - Pemimpin Masyarakat)
Pidato motivasi yang Dato' Dr. Syed kendalikan memang teramat luar biasa malah gurau kelakar beliau cukup menghidupkan suasana kelas. Tahniah Dato'.

(EN. MOHD FADRI BIN MOHD YAZID - Ahli Geologi)

Kearah Merakyatkan pemilikan kuasa ekonomi serta kecintaan terhadap ilmu dan kemahiran dalam membentuk masyarakat MALAYSIA berminda kelas pertama. Kearah melahirkan jutawan berilmu yang berminda intelek untuk mengimbangi konsep kejayaan dalam aspek rohani, mental dan jasmani. Konsep bekerjasama, ukhuwah dan pertalian yang erat sesama ahli/pelajar menjadi keutamaan dalam membentuk sebuah organisasi yang mantap.
 
 

Masukkan Nama Pengguna Dan Katalaluan Anda

Nama Pengguna    
Kata Laluan    
 

Perlukan Bantuan?

Hubungi kami di admin@akademimotivasi.com
Talian Sekretariat : 013-6914925
 

 
Jumlah Pengunjung
34237